MGPerak: Peniaga Ambil Kesempatan Pada PJRM Akan Berdepan Tindakan Tegas

94

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap segelintir peniaga yang membeli barangan dalam kuantiti tidak munasabah di Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM).

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, ia termasuk mengenakan tindakan senarai hitam kepada peniaga yang didapati menjual semula barangan yang dibeli pada program berkenaan di tempat lain.

Menurut beliau, pihaknya ada mengesan beberapa kes segelintir peniaga yang datang berulang kali ke program sama dalam sehari untuk membeli barangan dalam kuantiti yang sama. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini