IPOH – Peniaga Muslim di negeri ini diingatkan supaya tidak dengan sengaja menjual makanan dan minuman secara terbuka pada waktu siang kepada umat Islam yang diwajibkan untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, ini kerana perbuatan itu perbuatan yang sering digelar dengan ‘geng plastik hitam’ itu boleh dianggap sebagai bersubahat mencemarkan kesucian bulan Islam itu. – MGPerak





