IPOH – Seorang penjawat awam harus menggalas tanggungjawab dengan penuh integriti, amanah, profesionalisme serta rasa tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, di samping itu, penjawat awam juga perlu memiliki kemahiran yang pelbagai sebagai persediaan mendepani dunia kerjaya yang semakin kompleks dan mencabar.
Katanya, ia termasuk kepada penguasaan pelbagai kemahiran iaitu dari literasi digital, komunikasi berkesan, sehingga kepada kecekapan emosi. – MGPerak