MGPerak: Penolong Pegawai IT Didenda RM2,000 Guna Dokumen Palsu

48

IPOH – Seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi menuntut bayaran kerja penyelenggaraan perkakasan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang tidak dilaksanakan, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zuraime Ramli, 43, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Dia turut berdepan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda itu. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini