Kerajaan Negeri Perak menyasarkan penguatkuasaan berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape dapat dilaksanakan pada tahun ini.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, beliau telah mengarahkan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha untuk menyediakan satu kertas kerja berhubung perkara tersebut.
Menurut beliau, mesyuarat bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dijadualkan berlangsung pada Khamis ini bagi membincangkan dan membuat keputusan berkaitan cadangan penguatkuasaan tersebut. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak