MGPerak: Perak Belanja Lebih RM50 Juta Perkasa Institusi Pendidikan

117

Perak menyediakan lebih RM50 juta bagi membantu memperkasakan pendidikan melibatkan pelajar sekolah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan itu meliputi RM15.95 juta bagi Bantuan Khas Pendidikan; Bantuan Baucar Buku yang akan dilaksanakan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) untuk pelajar di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda.

Menurutnya, peruntukan tersebut turut merangkumi bantuan bernilai RM150 seorang yang disasarkan kepada 5,000 orang golongan mahasiswa B40 dan Program Back To School. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini