Kerajaan negeri Perak belum menetapkan pendirian berhubung isu tular di media sosial berkaitan bantahan perpindahan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) di Jalan Raja Dihilir yang didakwa akan dipindahkan ke Seri Iskandar dekat Parit.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini perkara melibatkan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) itu belum sampai ke pengetahuannya secara terperinci.