MGPerak: Perak Beri Tumpuan Tingkat Kadar SSL Beras Negeri

68

SUNGAI SIPUT – Kerajaan Perak memberi tumpuan utama kepada masalah tanah jerlus dan kekurangan bekalan air akibat perubahan iklim dalam usaha meningkatkan kadar sara diri (SSL) beras di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kadar SSL beras di Perak pernah berada pada paras 103 peratus beberapa tahun sebelum ini.

Menurut beliau, bagaimanapun faktor tanah jerlus dan perubahan iklim hingga menyebabkan bekalan air tidak mencukupi menyebabkan kadar berkenaan turun kepada 93 peratus buat masa ini.

Katanya, projek pemindahan air daripada Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah sedang giat dilaksanakan bagi memastikan pengairan sawah padi di daerah Kerian dapat dipenuhi. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini