Perak merekodkan peningkatan kebolehpasaran tenaga buruh apabila lebih 1.2 juta pekerja dicatatkan sehingga tempoh September tahun ini.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, Datuk A Sivanesan berkata, pada tahun 2022 jumlah tenaga buruh adalah sebanyak 1.12 juta dan jumlahnya meningkat kepada 1.13 juta pada tahun lalu.
Menurutnya, kadar pengangguran setakat September tahun ini adalah sebanyak 3.4 peratus berbanding 2022 yang mencatatkan 3.8 peratus. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #tenagaburuh





