IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengekalkan momentum pertumbuhan positif apabila sekali lagi menutup Akaun Hasil Disatukan bagi tahun lalu dengan lebihan pendapatan atau surplus berjumlah RM45.62 juta.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pencapaian bagi tahun ketiga berturut-turut itu mencerminkan keberkesanan pengurusan kewangan negeri serta momentum kebangkitan ekonomi pasca pandemik. – MGPerak