MGPerak : Perak FC Perkemas Barisan Tengah Umum Pemain Import Baharu Adilet Kanybekov

986

IPOH – Perak FC mengumumkan pemain import baharu dari Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov, bagi menguatkan pasukan bola sepak itu menghadapi saingan Liga Malaysia 2024/2025, malam tadi.

Pemain berusia 21 tahun yang juga kapten pasukan bawah 23 tahun (B-23) Kyrgyzstan itu akan memperkemas barisan tengah skuad The Bos Gaurus bagi menghadapi liga musim ini

Selain itu, pada Perak FC turut mengekalkan Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah serta dua pemain musim lalu iaitu Wan Zack Haikal Wan Noor dan Firdaus Saiyadi.

Pengumuman itu dibuat di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada Majlis Pelancaran Jersi ‘Home’ Perak’ FC 2024/2025 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dekat sini, malam tadi.

Ia turut dihadiri dua pemain legenda bola sepak Perak iaitu Datuk M Karathu dan Chan Kok Heng. -MG Perak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini