MGPerak: Perak HIP Fokus Tiga Segmen Hasil Produk Halal

421

Projek Taman Industri Halal Perak@Lekir (Perak HIP) di Manjung akan memfokukskan kepada tiga segmen utama iaitu Gelatin dan Ekosistem; Gudang Sejuk Beku dan Logistik serta Pemprosesan Makanan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek yang dibangunkan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) itu sudah pasti akan membuka peluang kepada pengusaha tempatan untuk menyewa kemudahan itu.

Katanya, Pembangunan Perak HIP yang melibatkan segmen pemprosesan berasaskan daging juga secara tidak langsung dapat menjadi pemangkin kepada produktiviti industri pedaging tempatan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini