LENGGONG – Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan bahawa aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang sedang diusahakan tidak akan menjejaskan hutan dan alam sekitar di negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebagaimana projek perintis yang dilaksanakan di Kenering, Gerik, ia mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan tiada pencemaran berlaku.
Menurutnya, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti perlombongan tersebut menggunakan kaedah mesra alam iaitu larut resap in situ atau ‘in-situ leaching’ (ISL) yang berbeza daripada kaedah perlombongan bijih timah secara konvensional. – MGPerak