MGPerak: Perak Kaji Pelaksanaan Pemandulan Anjing Peliharaan

142

IPOH – Kerajaan Negeri Perak sedang ke arah pelaksanaan mewajibkan pemohon lesen pemeliharaan anjing memandulkan haiwan tersebut sebagaimana dilaksanakan di Negeri Sembilan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, perkara itu masih di peringkat kajian bagi melihat kepada keberkesanannya dalam mengawal populasi anjing di Perak.

Katanya, beliau juga ada mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sembilan selepas perkara itu ada diusulkan beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini