IPOH – Kerajaan Negeri Perak menaikkan nilai apungan Tabung Bencana Daerah kepada RM100,000 berbanding RM50,000 sebelum ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau berharap usaha itu dapat membantu menyegerakan penyaluran bantuan kepada mangsa yang berhadapan bencana seperti banjir. – MGPerak