MGPerak: Perak Pacu Pembangunan Lima Nod Perindustrian Dengan IR5.0, AI

58

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan memperkasakan teknologi baharu yang bersesuaian dengan perkembangan Revolusi Industri 5.0 (IR 5.0) di samping penggunaan sistem kecerdasan buatan (AI) di nod perindustrian utama negeri.

Ia meliputi Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim, Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Manjung, Taman Teknologi Silver Valley (SVTP) di Kanthan, Taman Industri Halal Perak (Perak HIP) di Lekir dan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Kerian.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu penting dalam memastikan pembangunan projek-projek berimpak tinggi negeri itu tidak ketinggalan dalam arus perubahan teknologi maklumat masa kini. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini