MGPerak: Perak Pengeluar Durian Utama, Durian Kampung Jadi Tarikan Eksport

13

SELAMA – Perak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai negeri pengeluar utama durian di Malaysia apabila mencatat pengeluaran mencecah 59,217.3 tan metrik dengan nilai jualan sebanyak RM462.28 juta mengikut Banci Pertanian 2024.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penghasilan tinggi itu membuktikan dominasi negeri ini dalam sektor durian kampung yang menjadi tumpuan utama di beberapa kawasan.

Menurutnya, antara kawasan tersebut adalah Batu Kurau, Kuala Kangsar dan Mualim yang sekali gus menyumbang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi agromakanan negara. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini