MGPerak: Perak Perkasa Penggunaan AI Dalam Perkhidmatan Agama – MB

52

Kerajaan Negeri Perak tidak ketinggalan dalam memperkasa teknologi digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) dalam perkhidmatan agama menerusi pendekatan menyeluruh.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkembangan pesat teknologi itu harus dilihat sebagai peluang oleh umat Islam, namun perlu dipandu dengan hikmah serta berlandaskan wahyu al-Quran.

Katanya, ia juga menuntut Ummah untuk memastikan kemajuan teknologi sentiasa berpandukan prinsip Maqasid Syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta demi kebaikan Ummah. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #kecerdasanbuatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini