IPOH – Kerajaan Negeri Perak melalui Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Petubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sentiasa memperkukuh pendidikan digital, memperkenalkan program berkaitan kecerdasan buatan (AI), serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam pelbagai bidang berasaskan teknologi.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, usaha ini digerakkan supaya rakyat, khususnya generasi muda, dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dan menjadi peneraju kepada ekonomi digital negeri.
Menurutnya, setiap dasar dan tindakan yang dilaksanakan hari ini adalah pelaburan untuk masa depan generasi pada masa hadapan. – MGPerak





