KUALA KANGSAR – Kedudukan kewangan Perak semakin mengukuh dengan merekodkan kutipan hasil mencecah RM1.1 bilion setakat 7 November tahun ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia mencerminkan kerajaan di bawah naungan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belayar di haluan yang tepat untuk mencapai sasaran RM1.4 bilion. – MGPerak





