IPOH – Negeri Perak merekodkan lima kes penyakit berkaitan haba, iaitu kelesuan haba susulan cuaca panas dan kering melanda negara sejak Mei lalu.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, kes melibatkan lima anggota tentera ketika menyertai Eksesais KERIS STRIKE 2025 di kawasan hutan berhampiran Sauk, Kuala Kangsar dan Sungai Siput, pada 27 Julai lalu.
Katanya, kesemua anggota tentera warga tempatan berusia antara 22 hingga 39 tahun itu mengalami gejala seperti hampir pitam, pening dan loya. – MGPerak