Daging segar dari 24 ekor lembu, serta 3,600 ekor ayam segar antara barangan yang dijual dengan harga subsidi oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) menerusi Jualan Rahmah Aidilfitri, pada Jumaat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yahanis Yahya berkata, selain daripada itu, turut dijual 4,000 papan telur serta 200 ekor daging itik segar.