MGPerak: Perak Saran GLC Wujudkan TASKA Di Bangunan Masing-Masing

118

Kerajaan Negeri Perak menyarankan agar semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, secara dasarnya kerajaan negeri bersetuju terhadap perkara itu kerana ia dilihat mampu meringankan bebanan ibu bapa.

Katanya, setiap GLC wajar membangunkan sebuah TASKA di bangunan masing-masing sebagaimana yang diwujudkan di Bangunan Perak Darul Ridzuan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini