MGPerak: Perak Sasar Hasil Agromakanan 1.2 Bilion Kilogram Menjelang 2030

75

Perak menyasarkan pengeluaran agromakanan meningkat kepada 1.2 bilion kilogram menjelang tahun 2030, selain memperluas kawasan tanaman daripada 4.6 peratus kepada 11 peratus keluasan negeri.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, pelbagai langkah strategik sedang digerakkan bagi mencapai sasaran itu, termasuk kerjasama erat bersama agensi persekutuan.

Menurutnya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membangunkan hab makanan bersepadu (agrofood hub), selain memberi tumpuan kepada pembinaan generasi pelapis agropreneur muda melalui latihan, insentif dan pembiayaan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #Agromakanan #FAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini