MGPerak: Perak Sasar RM800,000 Nilai Jualan Malaysia Fest 2024 Di Singapura

211

PARIT – Kerajaan Negeri Perak menyasarkan nilai jualan RM800,000 daripada lapan usahawan yang menyertai Malaysia Fest 2024 di Singapura.

Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, program bermula 25 hingga 28 Julai 2024 itu turut menyasarkan potensi jualan sekurang-kurangnya RM1 juta.

Menurut beliau, kerajaan negeri melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama FAMA Perak bersetuju menaja sebahagian kos penglibatan lapan usahawan terpilih. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini