MGPerak: Perak Sedang Tambah Lori Bergerak Untuk Jualan Sejahtera Rakyat Di Seluruh Negeri – Saarani

27

Kerajaan Perak bercadang untuk menambah bilangan lori jualan bergerak supaya penduduk di luar bandar dapat membeli barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah menerusi Jualan Sejahtera Rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini terdapat empat buah lori bergerak beroperasi di sekitar Perak mengikut masa dan lokasi yang ditetapkan.

Menurutnya, kerajaan negeri telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM860,000 untuk Jualan Sejahtera Rakyat pada tahun lalu bagi memastikan rakyat dapat membeli barangan keperluan dengan harga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #loribergerak #barangkeperluanasas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini