LUMUT – Kerajaan Negeri Perak bersedia untuk menjadi pemudah cara bagi mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu membangunkan pusat dialisis yang menyediakan perkhidmatan secara percuma.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana usaha murni seumpama itu dilihat mampu memberi peluang semua pesakit buah pinggang di negeri ini untuk mendapatkan rawatan khususnya bagi mereka dalam golongan kurang berkemampuan.
#malaysiagazetteperak #mgperak