MGPerak: Perak Tidak Ketepikan Pertanian Walaupun Menuju Negeri Industri

53

SUNGAI SIPUT – Kerajaan Negeri Perak menegaskan bahawa sektor pertanian tidak akan dipinggirkan walaupun sedang giat melangkah ke arah negeri industri susulan pembangunan projek-projek mega di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebaliknya usaha memperkukuh bidang pertanian dan perindustrian akan digerakkan secara serentak kerana kedua-duanya saling berkaitan serta mampu melonjakkan kesejahteraan rakyat.

Katanya, sektor pertanian di Perak berpotensi besar untuk dibangunkan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi bukan sahaja untuk permintaan tempatan, malah berupaya menjadi pembekal kepada keperluan negara. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini