IPOH – Jabatan Perikanan Perak merampas 49 ekor ikan larangan dengan nilai sitaan dianggarkan RM8,300 dalam Operasi Pemutihan Ikan Larangan di Premis Akuarium Ikan Hiasan yang dijalankan sebuah premis ikan hiasan di Kampung Tawas, di sini pada Isnin.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, spesies ikan yang dirampas adalah amazon redtail (dua ekor), ikan bongkok atau geophagus (42), aligator gar (tiga ekor), gulper catfish dan flower horn masing-masing seekor.
Menurutnya, operasi tersebut bersifat memberi kesedaran dan amaran diberikan kepada pemilik premis supaya tidak mengulangi kesalahan sama serta mereka masih memiliki ikan larangan tersebut tindakan akan diambil ke atas mereka. – MGPerak