Polis merampas 385 kilogram (kg) dadah dipercayai methamphetamine dan heroin base bernilai hampir RM13 juta dalam kejadian di Kilometer 375 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Slim River, Tanjung Malim Isnin lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, sepasukan anggota peronda lebuhraya (EMPV) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah menahan MPV tersebut selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #rampasandadah