IPOH – Persatuan India Muslim Perak (PRIM) kesal kerana terdapat segelintir penerima bantuan dalam kalangan asnaf menjual barangan sumbangan yang sepatutnya digunakan untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri.
Pengerusinya, Mohamed Arib Aliah berkata, tahun lalu pihaknya mengesan dua keluarga yang menerima bantuan makanan bertindak menjual barangan tersebut kepada warga asing sebaik sahaja selesai sumbangan diserahkan.
Menurutnya, bantuan berkenaan disalurkan hasil sumbangan orang ramai dan daripada ahli persatuan senndiri khusus untuk membantu golongan memerlukan membuat persiapan Aidilfitri. – MGPerak





