Barisan Nasional (BN) kini berada di peringkat akhir dalam proses memuktamadkan manifesto bagi membantu kemenangan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir dijangka akan membentangkan manifesto berkenaan pada minggu hadapan.
Menurut beliau, manifesto itu bukan sahaja dirangka berdasarkan keperluan umum, malah turut menzahirkan aspirasi Ustaz Yusri terhadap pembangunan DUN Ayer Kuning. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #prkayerkuning