Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan calon mewakili parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selepas 20 Mac ini.
Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat ini pihaknya masih meniti senarai nama yang dikemukakan sebagai calon.
Tanpa mengulas secara terperinci, beliau yang juga Pengarah Jawatankuasa Operasi PN di PRK DUN Ayer Kuning memberitahu, calon yang akan diketengahkan kelak merupakan calon tempatan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak