MGPerak: Program Gadis Hebat Bantu Tangani Masalah Sosial Remaja

41

Ibu bapa perlu memberi komitmen dalam program-program kerajaan negeri seperti program Gadis Hebat bertujuan untuk menangani isu sosial melibatkan remaja yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak dari semasa ke semasa supaya mereka tidak terjerumus dalam masalah sosial yang serius.

Menurutnya, program anjuran Sekretariat Pembangunan Wanita dan Komuniti Perak (Wanita Perak) yang diperkenalkan pada tahun lalu itu adalah salah satu pendekatan bagi mengenal pasti alternatif terbaik bagi mengurangkan kes berkaitan masalah kesihatan mental melibatkan remaja. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini