IPOH – Penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 di Perak yang melabuhkan tirai pada Ahad merekodkan jumlah kehadiran seramai 303,222 orang pengunjung
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, program yang bertemakan ‘Bandar Lestari, Rumah Berkualiti, Komuniti Harmoni’ pada tahun ini itu mencatatkan pencapaian memberangsangkan semenjak mula dianjurkan sejak dua tahun lalu. – MGPerak





