Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan, bertujuan menyelami dan mendengar rintihan yang dihadapi rakyat serta menyelesaikan masalah mereka dengan segera.
Ia dianggap sebagai saluran yang betul untuk rakyat negeri tersebut mendapatkan maklumat dan mengetahui agensi yang tepat dalam mencari penyelesaian masalah yang mereka hadapi.