MGPerak: Program Repatriasi Migran: 350 PATI Berdaftar Di Perak

269

IPOH – Seramai 350 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Perak berdaftar dengan Jabatan Imigresen (JIM) di bawah Program Repatriasi Migran sejak dilaksanakan 1 Mac lalu.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, kesemua mereka yang berusia antara 11 bulan hingga 64 tahun itu terdiri daripada 244 lelaki, 91 wanita serta 15 kanak-kanak.

Katanya, berdasarkan rekod, mereka terdiri daripada 268 warga Indonesia, 25 warga Bangladesh, India (24), Pakistan (17), Myanmar (sembilan), Nepal (tiga), Sri Lanka (dua), serta masing-masing seorang warga Vietnam dan Singapura.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini