MGPerak: Pulang Pada Hari Akhir Cuti Aidilfitri, Elak Kesesakan Trafik

134

Hari terakhir cuti panjang sempena sambutan Aidilfitri menyaksikan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke ibu kota bergerak lancar namun sedikit sesak di beberapa lokasi.

Kenderaan dilihat banyak serta bergerak perlahan di sesetengah lokasi di lebuh raya tersebut antaranya Tapah, Sungkai dan Slim River.

Tinjauan Malaysia Gazette Perak (MG Perak) di Hentian Sebelah Simpang Pulai arah selatan mendapati orang ramai mengambil peluang singgah di kawasan tersebut untuk berehat, mengisi minyak serta menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kediaman masing-masing. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #trafik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini