Pusat pelancongan bukit batu kapur yang diarah tutup sementara selepas mengambil kira syor diberikan Jawatankuasa Khas Pembangunan Kawasan Gua dan Kaki Bukit Negeri Perak masih belum boleh dibuka kepada orang ramai.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, jawatankuasa terbabit telah menasihatkan kerajaan negeri supaya mengutamakan keselamatan pengunjung berbanding keuntungan dalam sektor pelancongan.