MGPerak: Pusat Pemprosesan Kopi Perak Perkasa Industri Liberica

95

TAPAH – Usaha memperkasa industri Kopi Perak terus diperkukuh apabila kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak menubuhkan Pusat Pemprosesan Kopi Perak, dekat sini, yang pertama di negeri ini.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, pusat pemprosesan yang terletak di Jalan Damai itu dibangunkan di atas tanah seluas 0.04 hektar dengan kos sebanyak RM100,000.

Katanya, usaha itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melestarikan pembangunan industri kopi serta memperkukuhkan kedudukan Perak sebagai antara pengeluar utama kopi Liberica. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini