MGPerak: Rashidi Julang Martabat Teater Perak, Dinobat Anugerah Tokoh Sepanjang Zaman

141

IPOH – Empat dekad mengabdikan diri dalam dunia teater bukanlah tempoh yang singkat, namun bagi Rashidi Abdul Kharis, 62, perjuangan itu menjadi bukti bahawa seni pentas mampu membentuk sahsiah dan mencorak masyarakat.

Konsisten mengangkat martabat seni teater di Perak, malah dedikasi tanpa jemu itu akhirnya membawa beliau ke pentas tertinggi apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Sepanjang Zaman sempena Anugerah Seni Negeri (ASN) Perak 2025.

Perjalanan seni Rashidi bermula pada tahun 1984 dengan pelbagai kemenangan dalam kategori berbeza, namun beliau menyifatkan anugerah kali ini paling bermakna dalam kariernya.

Bapa kepada dua anak lelaki yang pernah berkhidmat dalam jabatan kerajaan itu terus berusaha memartabatkan seni dengan menubuhkan Akademi Teater Perak pada tahun 2010 yang membuka ruang kepada orang awam, termasuk kanak-kanak dan dewasa, untuk mendalami teater. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini