IPOH – Kemajuan dalam dunia perubatan moden telah membuka jalan kepada pelbagai kaedah rawatan yang mampu membantu pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat dan salah satu kaedah terbukti berkesan ialah melalui persenyawaan in-vitro (IVF).
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kaedah tersebut mampu meningkatkan kadar kejayaan sehingga 40 ke 50 peratus bergantung kepada keadaan kesihatan dan faktor individu pasangan yang menerima rawatan. – MGPerak