MGPerak: RM15 Juta Naik Taraf Tabika Kemas Autisme Seluruh Negara

82

IPOH – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memperuntukkan RM15 juta bagi kerja-kerja baik pulih taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di seluruh negara untuk memenuhi keperluan pelaksanaan Tabika Kemas Autisme pada tahun 2027.

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd Hanafiah Man berkata, program latihan untuk guru-guru tambahan juga akan dimulakan pada suku kedua tahun hadapan bagi menampung keperluan tenaga pengajar baharu.

Menurutnya, semua persiapan bagi pelaksanaan program tersebut sedang berjalan lancar, termasuk kerja-kerja menaik taraf bangunan Tabika Kemas yang dikenal pasti sesuai dengan keperluan kanak-kanak autisme. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini