MGPerak: RM30 Juta Setahun Dibelanjakan MBI Urus Sisa Pepejal – Datuk Bandar

94

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membelanjakan kira-kira RM30 juta setahun bagi menampung kos pelupusan sisa pepejal di seluruh kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamakhshari Hanipah berkata, jumlah itu termasuk kos menguruskan proses kutipan kira-kira 600 tan sisa pepejal setiap hari dari kawasan kediaman dan industri untuk dibawa ke Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal di Lahat.

Menurutnya, bagi memastikan pengurusan sisa pepejal lebih mampan dan lestari, MBI mengambil langkah proaktif dengan menjalin kerjasama strategik bersama pihak swasta di bawah inisiatif Program Ekonomi Kitaran yang dilaksanakan sejak empat tahun lalu. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #MBI #sisapepejal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini