MGPerak: RM40 Juta Naik Taraf Tabika, Taska KEMAS

92

Peruntukan RM40 juta diluluskan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi menaik taraf dan membaik pulih Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara pada tahun depan.

Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man berkata, kerja-kerja membaik pulih itu akan diberi keutamaan kepada bangunan yang sudah uzur dan rosak.

Menurutnya, daripada 10,600 kelas yang beroperasi, lebih 60 peratus memerlukan penyelenggaraan segera atas faktor keselesaan dan keselamatan murid. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini