MGPerak: RMK13: RGT Ketiga Dijangka Mula Dibangun Awal 2026 – MB Perak

130

Kerajaan Perak menyambut baik pengumuman Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) minggu lalu yang juga memberi tumpuan kepada negeri melalui beberapa pembangunan projek mega.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia termasuk projek Kompleks Terminal Penggasan Semula (RGT) Ketiga negara di Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) yang dijangka akan dibangunkan awal tahun hadapan.

Katanya, pembangunan projek berkenaan juga dijangka akan melahirkan ribuan peluang pekerjaan baharu termasuk 3,000 tenaga kerja melibatkan sektor kimpalan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #RMK13 #projekKompleksTerminalPenggasanSemula

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini