IPOH – Bapa kepada enam orang anak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas pertuduhan merogol dan mencabul anak kandungnya antara Februari dan Mac tahun ini.
Tertuduh yang berusia 38 itu mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak