MGPerak: Roti Mokhtar Produk Slim River Dibakar Guna Kebuk Bata

39

KELEMBUTAN roti serta aroma dibakar menggunakan kayu api dan tempurung kelapa di dalam kebuk bata merah menjadikan ‘Roti Mokhtar’ sebagai pilihan peminatnya meskipun terdapat pelbagai jenama lain di pasaran.

Juga dikenali sebagai ‘Roti Babu’, makanan berkenaan bukan sahaja popular dalam kalangan penduduk Slim River malah juga dari luar Perak hingga ada yang sanggup memandu berjam lamanya demi membeli produk berkenaan.

Bercakap kepada Malaysia Gazette (MG) Perak, pemiliknya, Mokhtar Ahmad Mohamad Taqi, 62, berkata, peniagaan roti pada mulanya diusahakan oleh arwah bapa saudaranya Abdul Kadir Habib pada tahun 1949.

Beliau berkata, bagaimanapun bapa saudaranya itu hanya sempat berniaga sementara sahaja ekoran meninggal dunia akibat sakit tua dan lalu perniagaan berkenaan diambil alih bapanya Mohamad Taqi Habib. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini