Semua ahli UMNO diingatkan untuk terus mempertingkatkan kekuatan parti melalui jalur saf kepimpinan sebagai persediaan dalam berdepan pilihan raya yang akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam dunia politik yang semakin kompleks, setiap anggota tidak ada pilihan melainkan terus berdiri teguh bersama kepimpinan masa kini.
Justeru katanya, ahli UMNO perlu bersedia menangkis segala fitnah dan tomahan dilemparkan parti lawan yang hanya bertujuan mahu memecah belahkan pimpinan serta perpaduan parti. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak