MGPerak: Saarani Nasihat Rakyat Perak Tidak Sertai Himpunan Turun Anwar

242

BERUAS – Rakyat di Negeri Perak dinasihatkan untuk tidak terikut-ikut dengan sentimen yang dimainkan pembangkang dengan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penganjuran himpunan itu tidak memberi apa-apa perubahan kepada pentadbiran negara, sebaliknya ia dikhuatiri menggugat keyakinan pelabur yang akhirnya akan memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi UMNO Perak juga menyifatkan perhimpunan sedemikian bukan sebagai suatu proses meraikan demokrasi dengan cara yang baik. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini